Monday, December 22, 2008

PELAN PENDAPATAN

PELAN PENDAPATAN >>USANA<<

Plan Pendapatan
Untuk bermula dan mendapat faedah yang MAKSIMA di USANA anda hendaklah terlebih dahulu menjadi ahli di usana melalui seorang penaja atau introducer serta mempunyai sekurang-kurangnya 1 BC atau 3 BC.

Bayaran untuk menjadi ahli ialah RM99

Modal untuk 1BC = RM850
Modal untuk 3BC = RM2350


BC adalah singkatan kepada Business Center atau "kedai". Ianya mengandungi 1 set produk yang berharga seperti di atas.

Anda tidak semestinya menjual produk tersebut, sebaliknya ia adalah sangat bagus untuk kegunaan sendiri.Konsep perniagaan USANA ialah mengguna produk seharian 100% dan mengajak rakan-rakan kita juga mengguna produk.

Jika anda memulakan perniagaan dengan 1 BC, Usana membenarkan anda untuk membuka 2 kaki seperti dalam rajah 1.



Untuk memaksimakan pendapatan anda, saya mengesyorkan anda memulakan dengan 3 BC, maka anda akan dibenarkan membuka sehingga 4 kaki seperti di rajah 2.


Anda akan mendapat pendapatan sehingga 3 kali ganda berbanding dengan 1 BC dan pengiraan bonus adalah 2 kali pada setiap kaki.


Pengiraan Bonus

Pengiraan bonus adalah bergantung kepada jumlah penggunaan produk oleh setiap distributor atau setiap BC. Jumlah penggunaan produk atau yang dipanggil Jumlah Sale (Sale Volum - SV) Jenis pendapatan yang akan anda perolehi ialah;1. Keuntungan Runcit - jika anda menjual produk kepada sesiapa dengan harga "customer". 2 . Front Line Commission - ialah komisen sebanyak 5% dari setiap poin (PV) yang di beli oleh distributor yang anda menaja secara langsung. Ianya dibayar setiap minggu. Contohnya, jika Ali. Bob dan Chan ialah distributor yang anda menaja, mereka masing menjana 200 PSV, maka anda akan mendapat [200 + 200 + 200 ] x 5% iaitu $30 dalam minggu tersebut. Anda akan mendapat secara berterusan tiap-tiap minggu bergantung kepada jumlah pembelian mereka.3. Global Commission - juga dibayar setiap minggu, ini adalah bergantung kepada Group Sale Volume - GSV, yang di perolehi dari setiap distributor dalam kumpulan anda. Lihat Rajah 3.

Jumlah komisen yang akan anda terima ialah berpandukan kepada "Global Commission Schedule" yang telah ditetapkan di Jadual 4.



Anda akan dibayar dalam USD bergantung kepada nilai perbandingan GSV yang paling rendah antara 2 kali.

Contoh;

Katalah group ALI menjana 2000GSV, Chan menjana 1000GSV, Dewi dan groupnya menjana 3000GSV, manakala group Bob pula menjana 1000GSV

Maka Bonus Global Commission anda ialah;

BC 1 = [ 1 + 3 ] vs [ 4 + 2 ]

BC 1 = [2000+1000] vs [3000+1000]

BC 1 = 3000 vs 4000

GSV yang paling rendah ialah 3000, maka komisen BC 1 = $600

BC 2 = [1] vs [3] = 2000 vs 1000

GSV yang paling rendah ialah 1000,

maka komisen BC 2 = $200

BC 3 = [4] vs [1] = 3000 vs 1000

GSV yang paling rendah ialah 1000,

maka komisen BC 3 = $200

Jumlah semua ialah

BC1 + BC2 + BC3 = $1000

Setiap GSV yang lebih (yang belum dibayar) akan di bawa ke minggu hadapan. Bermakna anda tidak akan berlaku kehilangan poin. Tengok contoh dalam Rajah 5 di bawah;


No comments:

Post a Comment