Manfaat dari Pemakanan Tambahan :
• Meningkatkan sistem imun.
• Meningkatkan sistem pertahanan anti-oksidan.
• Mengurangkan risiko serangan jantung, strok dan kanser.
• Mengurangkan risiko arthritis, macular degeneration (penyakit mata) dan katarak.
• Mengurangkan risiko asthma dan hay fever.
• Mengurangkan risiko Alzheimer's dementia, penyakit Parkinson, dan Iain-lain penyakit degeneratif kronik.
Aspek akhir dalam gaya hidup sihat ialah pemakanan tambahan (nutritional supplements). Bertahun-tahun saya memberitahu pesakit saya bahawa mereka boleh dapat semua yang mereka perlukan dari diet mereka. Namun, setelah menyelidik risalah perubatan selama lebih 7 tahun mengenai perkara ini, saya yakin bahawa setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak perlu untuk mengambil pemakanan tambahan untuk melindungi kesihatan mereka dengan lebih baik lagi.Badan kita dicipta dengan sistem pertahanan anti-oksidan yang sangat rumit dan canggih untuk melindungi diri kita dari kerosakan yang mengakibatkan kemusnahan teruk oleh tekanan oksidatif. Oleh kerana generasi kini diserang teruk oleh toksin dalam alam sekitar kita, tekanan hidup, dan tabiat makan yang teruk berbanding generasi lalu, maka kita perlu meningkatkan sistem pertahanan tersebut. Makan makanan yang sihat adalah permulaan yang baik. Tetapi.tiada jalan untuk mendapatkan nutrient pada tahap optimum hanya melalui diet sahaja. Kita mesti menambah diet kita untuk perlindungan kesihatan yang terbaik.Para doktor biasanya negatif mengenai pesakit mereka yang mengambil apa jua supplement. Namun, bila kita faham bahawa tekanan oksidatif adalah punca sebenar kepada kebanyakkan penyakit utama degeneratif kronik, maka kita akan bersetuju bahawa dengan menambah diet sihat dengan supplement yang penting, ianya adalah berbaloi.
Pemakanan Selular (Cellular Nutrition)
Saya menggalakkan pesakit saya untuk mengambil Usana Essentials (Mega Antioxidant dan Chelated Mineral), yang membekalkan apa yang saya panggil Pemakanan Selular (cellular nutrition). Pemakanan selular membekalkan semua nutrient yang diperlukan oleh sel pada tahap optimum (bukan tahap RDA), yang telah ditunjukkan memberi kemanfaatan kepada kesihatan dalam risalah perubatan. Ini membolehkan sel memilih apa yang ia perlu dan apa yang ia tidak perlu. Anda tidak perlu lagi risau mengenai kekurangan pemakanan, memandangkan anda boleh menggantikan setiap kekurangan pemakanan dan boleh meningkatkan tahap nutrient lain ke tahap optimum dalam tempoh 6 - 9 bulan program ini.
Saya galakkan anda untuk membaca buku saya, What Your Doctors Doesn't Know About Nutritional Medicine May be Killing You, untuk memahami sepenuhnya semua konsep supplement. Namun, Usana Health Sciences telah menghasilkan satu rangkaian lengkap pemakanan tambahan, pada farmaseutikal-gred dan membekalkan pemakanan selular ini dalam bentuk yang lengkap dan seimbang. Ini mempertingkatkan piawaian dan menjadikan matlamat untuk mencapai pemakanan selular dengan mudah.
Serat dan Lemak Penting
Penambahan diet dengan serat dan lemak penting adalah sangat penting. 80% pendudukAmerika dan Kanada kekurangan asid lemak Omega-3. Kebanyakkan orang mengalami kekurangan serat yang banyak dalam diet mereka. Walaupun purata orang Amerika hanya mengambil lebihkurang 8-10 gm serat setiap hari, sangatlah dinasihatkan supaya anda makan paling kurang 35 - 50 gm serat setiap hari. (Lihat perbincangan mengenai serat dan lemak penting dalam 'Diet yang Sihat'). Inilah sebab mengapa saya sangat mencadangkan supaya setiap orang menambahkan Fibergy dan Optomega atau BiOmega-3 kepada Essentials dan Active Calcium. Ini meyakinkan saya bahawa pesakit saya akan membekalkan sel pada tahap optimum dengan semua nutrient yang ada.
Pemakanan Tambahan untuk Kanak-Kanak
Menurut Journal of Pediatrics, kurang dari 1% kanak-kanak hari ini mendapat nutrient yang diperlukan walaupun dalam jumlah (RDA) yang paling minimum, la menjadi semakin jelas bahawa setiap dari anak-anak kita juga perlu untuk memperbaiki diet mereka, tahap aktiviti, dan pengambilan pemakanan tambahan.Saya cadangkan kepada ibu-ibu bahawa anak-anak dari umur 18 bulan - 4 tahun patut mengambil I tablet Usanimals setiap hari. Kanak-kanak dari umur 5-8 tahun patut mengambil 2 tablet Usanimals setiap hari. Kanak-kanak umur 9-16 tahun patut mula mengambil Body Rox (3 tablet sehari, melainkan mereka masih kecil 2 tablet sudah mencukupi). Ibu-ibu juga patut memikirkan untuk memberi anak-anak mereka I - 2 sudu kecil OptOmega (bergantung kepada umur), tambahan serat melalu Fibergy atau Fiber Bar, dan tambahan kalsium melalui Active Calcium (boleh dihancurkan) atau Active Calcium Chewables. Tambahan kalsium sangat penting bagi kanak-kanak yang meningkat remaja untuk meningkatkan keseluruhan ketumpatan tulang. Kanak-kanak ini perlu mengambil sekurang-kurangnya 800 - 1000 mg tambahan kalsium.
Recommended Daily Allowance (RDA)
Kajian penyelidikan mendedahkan bahawa piawaian (standard) bagi Recommended Daily Allowance (RDA) tiada kaitan langsung dengan penyakit degeneratif kronik. RDA mula-mula dicipta untuk mengelakkan apa yang dikenali sebagai penyakit kekurangan akut (acute deficiency diseases) seperti scurvy (kekurangan vitamin C), rickets (kekurangan vitamin D) dan pellagra (kekurangan niacin). Dalam erti kata lain, sekiranya kita mengambil RDA vitamin C, vitamin D dan niacin, kita tidak akan mendapat penyakit-penyakit begitu.Memang diakui, RDA telah melakukan tugas - berapa ramai yang diketahui menderita dari penyakit-penyakit begitu? RDA mula-mula diperkenalkan dalam tahun I920an dan I930an. Senarai nutrient yang dimasukkan dalam RDA telah berkembang sejak 2 dekad yang lalu dan pada awal I950an, definasi RDA telah diperluaskan dengan memasukkan jumlah nutrient yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan normal. Walau pun fakta membuktikan RDA memang berguna, kebanyakan doktor dan orang biasa cenderung untuk memberi erti yang lebih kepada piawaian RDA dari yang sepatutnya.
Setelah mengkaji risalah perubatan mengenai topik tekanan oksidatif (oxidative stress), dan jumlah nutrient yang diperlukan untuk mengelakkannya, saya dapati tahap optimum nutrient yang diketahui memberi manfaat kepada kesihatan adalah jauh lebih tinggi dari yang dicadangkan oleh tahap RDA. Sebagai contoh, tahap optimum untuk vitamin E ialah 400 iu. RDA cuma 30 iu. Jika begitu, anda mungkin perlu makan 400 iu vitamin E . Anda mungkin perlu makan 33 Ib bayam, atau 27 Ib mentega ; 80 avocado, atau 5 pound biji gandum, setiap satu setiap hari untuk mencapai tahap vitamin E tersebut
Begitu juga tahap optimum vitamin C ialah lebihkurang 1200 - 2000 mg setiap hari, sedangkan RDA cuma 60 mg. Untuk makan bagi tahap optimum vitamin C, kita mesti mengambil 18 biji oren, atau 17 biji kiwi, atau 160 biji epal. Bila dilihat begini, barulah jelas bahawa satu-satunya cara untuk mencapai tahap nutrient ini ialah dengan penambahan dalam diet kita. Dan ini memerlukan lebih dari satu kumpulan multi-vitamin. Sehari-satu multi-vitamin adalah berdasarkan tahap RDA, tapi tidak member! manfaat kepada kesihatan. Semakin banyak kekuatan tambahan (potent supplements) diperlukan setiap hari untuk mencapai tahap optimum untuk pemakanan selular. Buku kecil ini akan menjelaskan mengapa saya sendiri percaya Pemakanan tambahan Usana ini dapat menawarkan pesakit saya pemakanan selular yang paling lengkap, paling seimbang dan paling berkualiti tinggi dalam pasaran sekarang.Pendekatan "Magic Bullet" Banyak kajian saintifik dilakukan ke atas pemakanan tambahan berdasarkan cara tradisional ujian ubat (drugs) - dengan harapan menemui 'magic bullet' (peluru ajaib). Penyakit diasingkan dan disasarkan dengan satu jenis ubat tertentu. Hasil farmaseutikal ubat tersebut kemudiannya diukur.
Ujian penyelidikan yang sama dijalankan ke atas pemakanan tambahan. Sebagai contoh, kalsium dan vitamin D telah diuji kesannya terhadap osteoporosis ; vitamin E untuk penyakit jantung ; magnesium untuk degupan jantung tidak menentu atau selenium untuk mengurangkan risiko kanser.Namun satu perkara kekal : vitamin seperti C, D dan E bukannya ubat. Mereka adalah nutrient semulajadi yang badan kita perolehi dari makanan. Pelbagai anti-oksidan dan nutrient penyokong bertindak ke atas radikal bebas yang berbeza dan pada bahagian tubuh yang berbeza. Vitamin E adalah anti-oksidan yang terbaik dalam membran sel. Vitamin C paling efektif dalam plasma. Glutathione bekerja paling efisien dalam sel itu sendiri. Menurut makna sebenar, banyak anti-oksidan sedang bekerja dalam pelbagai bahagian tubuh dan berkesan menentang apa juga jenis tertentu radikal bebas. Mereka bekerja sama - secara sinergi - untuk mengawal tekanan oksidatif. Ini bermakna I campur I bukan sama dengan 2, tapi 8 atau 10.
Penyelidikan perubatan mengasingkan semua nutrient dan cuba mengkaji kekesanan ia secara individu. Fakta yang menakjubkan ialah banyak kajian yang meluas jelas menunjukkan memang terdapat manfaat kesihatan walaupun nutrient bertindak secara individu. Namun, memandangkan tekanan oksidatif adalah punca masalah yang mesti kita beri perhatian, adalah penting bagi kita untuk menyedari bahawa semua nutrient bekerja bersama - secara sinergi.Vitamin C sebenarnya menyuburkan vitamin E dan intra-selular glutathione supaya ia boleh digunakan dengan berkali-kali. Asid alpha lipoic juga menjana vitamin E dan glutathione. Sebagai tambahan, anti-oksidan ini memerlukan tahap optimum vitamin B - asid folik, vitamin Bl, B2, B6 dan BI2 - untuk bekerja pada tahap optimum. Mereka juga memerlukan mineral anti-oksidan seperti : selenium, manganese, copper, dan zink untuk bekerja dengan cara yang betul. Jika anda mempunyai semua glutathione yang ada tetapi kekurangan selenium, maka hanya sedikit manfaat kesihatan yang diperolehi.Apabila semua nutrient penting dibekalkan kepada sel dengan lengkap dan seimbang, kesan gabungan ini memang menakjubkan. Kekuatan semua nutrient ini dalam meningkatkan anti-oksidan semulajadi, sistem imun dan sistem pembaikan badan kita dapat dimaksimumkan bila sinergi ini dicapai.
Tekanan oksidatif boleh dikawal dan kesihatan kita akan dilindungi.Saya juga menggunakan prinsipal ini kepada pesakit saya yang sedang menderita penyakit degeneratif kronik. Saya memberikan mereka asas pemakanan selular yang sama seperti yang dicadangkan kepada semua pesakit saya dan menambah kekuatan anti-oksidan, yang saya rujuk sebagai optimizer, khusus untuk keperluan penyakit tertentu. Bila doktor mengambil peluang aset penyembuhan yang hebatyakni badan kita, dan menyokongnya lebih daripada menafikan kepentingannya dalam proses penyembuhan, peningkatan klinikal yang menakjubkan boleh dicapai.Pemakanan selular (cellular nutrition) ialah mengenai kesihatan, bukan penyakit. 'Menyerang' punca sebenar penyakit degeneratif kronik adalah ubat pencegahan yang betul. Dengan menggunakan prinsipal yang sama, anda yang sihat boleh mengurangkan risiko dari mendapat penyakit degeneratif kronik.
Tekanan Oksidatif (Oxidative Stress)
Oksigen adalah penting untuk kehidupan itu sendiri. Adakah anda tahu ia juga membawa bahaya kepada kewujudan kita? Saya panggil ia 'bahagian gelap' oksigen. Akibatnya, kita sedang 'berkarat' teruk luar dan dalam. Proses yang sama menyebabkan potongan epal menjadi keperangan atau besi menjadi karat, adalah penyebab kepada semua penyakit degeneratif yang kita takuti, termasuk proses penuaan itu sendiri.Fikirkan penuaan pada kulit kita. Tekanan oksidatif menyebabkan kulit kedut, kendur dan tanda usia. Lain kali bila anda berada dalam kumpulan orangramai yang berlainan umur, perhatikan dengan dekat perubahan yang anda nampak pada kulit mereka. Penuaan adalah proses di mana kita tidak pernah ambil kisah, tapi bila anda perhatikan dengan dekat, dan bandingkan wajah seorang bayi dengan seorang datuk, kesan terhadap organ terbesar yang terdedah kepada semua pencemaran udara, sinaran matahari dan asap rokok adalah membingungkan. Penuaan pada kulit adalah manifestasi luaran bagi tekanan oksidatif, yang berlaku dalam setiap sel dalam badan kita. Sepanjang 7 tahun lalu, saya telah mengkaji dengan mendalam lebih 2,000 kajian perubatan dan saintifik mengenai pemakanan tambahan dan kesannya kepada kesihatan. Kajian tersebut dikeluarkan dalam journal perubatan seperti New England Journal of Medicine, Journal of the American Medical Association British Lancet, dan Annuals of Internal Medicine yang melaporkan bahawa tiada keraguan langsung mengenai punca utama lebih 70 penyakit degeneratif kronik adalah tekanan oksidatif. Inilah 'orangnya' yang menyebabkan penyakit-penyakit yang kita takut dan mahu elakkan ; penyakit seperti serangan jantung, strok, diabetes, kanser, arthritis, Alzheimer's dementia, macular degeneration, lupus, MS, fibromyalgia dan chronic fatique. 'Jadi apa' anda mungkin berfikir,'tekanan oksidatif ?.
Dalam setiap sel badan kita ada relau' dipanggil mitochondria. Semasa oksigen digunakan dalam relau' sel untuk menghasilkan tenaga dan kehidupan itu sendiri, biasanya molekul oksigen yang bercaj dihasilkan dan dipanggil radikal bebas. Radikal bebas ini mempunyai sekurangnya satu elektron yang tidak berpasangan di luar orbitnya lalu memberikan ia caj elektrik. Sekiranya radikal bebas ini tidak bersedia untuk dineutralkan oleh anti-oksidan, ia akan terus menghasilkan lebih banyak radikal bebas yang mudah berubah, merosakkan dinding sel, dinding pembuluh, protein, lemak termasuk nucleus DNA sel kita.
Secara kimia didapati, tindakannya yang begitu mudah berubah telah menyebabk percikan api dalam badan kita!Bayangkan diri anda di depan pendiang api dan saya akan berikan ilustrasi yang terbaik untuk menjelaskan proses oksidasi. Api terbakar dengan cantik dan selamat pada kebanyakan masa, tapi adakala bara api terpercik keluar dan jatuh atas kapet dan membakar satu lubang kecil. Satu bara api kecil yang jatuh tidak berbahaya; tapi jika percikan dan letusan berterusan bulan demi bulan, tahun demi tahun, anda akan dapati kapet anda penuh dengan kesan terbakar seperti digigit tikus.'Pendiang api' umpama relau sel (mitochondria), bara api seperti caj radikal bebas, dan kapet umpama badan anda. Mana-mana bahagian yang menerima lebih kerosakan radikal bebas akan mula-mula sekali menjadi letih dan berpotensi mendapat salah satu dari penyakit degeneratif tersebut. Jika ianya arteri anda, anda boleh mendapat serangan jantung atau strok. Jika ianya otak anda, anda boleh mendapat Alzheimer's dementia atau penyakit Parkinson. Jika ianya sendi anda, anda boleh mendapat arthritis.
Melalui kajian biokimia, kita mempelajari bahawa kita bukanlah tidak boleh mempertahankan diri sekiranya badan kita diserang dengan radikal bebas. Anti-oksidan umpama pintu kaca atau jaring halus yang kita letakkan di depan pendiang kita. Percikan api akan terus berterbangan tapi kapet kita akan dilindungi. Bila kita bayangkan peperangan yang berlaku pada setiap sel dalam badan kita, kita boleh melihat 2 kuasa yang berlawan iaitu musuh anda - radikal bebas; dan perikatan anda - anti-oksidan dan semua nutrient penyokong.Menikmati kehidupan yang sihat adalah mengenai kesimbangan. Kita mesti ada anti-oksidan yang cukup dan bersiap-sedia untuk meneutralkan radikal bebas yang badan kita hasilkan. Jika tidak, tekanan oksidatif akan berlaku. Bila ianya dibenarkan berlaku secara berterusan dalam tempoh masa yang panjang, anda berkemungkinan besar akan mendapat penyakit degeneratif kronik yang serius.
Setiap dari kita mesti bertanya 'Adakah saya perolehi anti-oksidan yang cukup dari diet saya untuk melindungi diri saya dari serangan hebat radikal bebas, atau perlukah saya mengambil pemakanan tambahan'? Inilah soalan yang terpaksa saya tanyakan pada diri saya setelah saya menghabiskan banyak masa mengkaji risalah perubatan. Anda tahu, saya telah diajar di sekolah perubatan yang mengatakan kita tidak perlu penambahan (supplements) - yang mengatakan kita boleh dapat semuanya dari diet yang bagus dan sihat. Dan inilah yang saya katakan kepada pesakit saya selama bertahun-tahun. Ternyata saya silap!Memandangkan kesimbangan adalah kunci, kita perlu melihat dengan dekat setiap individu yang dalamannya sedang berperang. Bilangan radikal bebas yang kita hasilkan setiap hari tidak pernah sama. Semua pencemaran dalam udara, makanan dan air kita meningkatkan lagi dengan mendadak jumlah radikal bebas yang kita hasilkan. Tekanan yang sangat besar, senaman yang berlebihan, asap rokok, sinaran matahari, radiasi dan setiap ubat yang dipreskripsi menambahkan lagi bilangan radikal bebas yang dihasilkan oleh badan. Sebenarnya, tidak ada generasi lain sebelum ini di bum! ini yang dilanda tekanan oksidatif seteruk ini melainkan generasi hari ini.
Kita sebenarnya diserang oleh alam sekitar kita yang tercemar, gaya hidup yang banyak tekanan (stress) dan masyarakat yang terlebih ubat.Serangan yang berterusan ini menghalang kita dari anugerah yang paling bernilai iaitu kesihatan kita. Tapi tuhan tidak membiarkan kita tanpa pertahanan diri untuk menentang serangan hebat dari radikal bebas.
Sebenarnya kita mempunyai pasukan anti-oksidan kita sendiri yang mampu untuk meneutralkan radikal bebas dan menjadikan ia tidak merbahaya. Bag! generasi lalu, sistem pertahanan ini memang mencukupi. Malangnya tidak lagi sekarang ini. Sistem pertahanan badan kita memerlukan pertahanan tambahan.Kebanyakan anti-oksidan datangnya dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini menyebabkan jurang dalam perlindungan kita, kerana makanan kita semakin ketara merosot kandungan anti-oksidan dan mineral penyokong disebabkan kandungan mineral dalam tanah berkurangan, tuaian hijau, simpan-sejuk, makanan proses, pilihan makanan yang tidak bagus dan penyediaan makanan.Pada masa kita diserang dengan teruk dari alam sekitar, sistem pertahanan semulajadi kita menjadi semakin tenggelam dan merosot Kita mesti lakukan apa yang boleh untuk membina semula sistem anti-oksidan kita dengan diet yang sihat, tapi juga kita mesti faham bagaimana pemakanan tambahan yang lengkap dan seimbang serta berkualiti tinggi (pemakanan selular) adalah harapan kita yang terbaik untuk memenangi peperangan dalaman kita dan melindungi kesihatan kita.
Kesimpulan
Dengan ini, saya galakkan semua pesakit saya untuk mengambil USANA Essentials, Active Calcium, Fibergy dan OptOmega atau BiOmega. la membekalkan pemakanan selular yang optimum dengan cara yang mudah dan menjimatkan. Komitmen Usana Health Sciences terhadap kualiti dan pendekatan saintifik terhadap pemakanan tambahan menjadikan kerja saya lebih mudah. Bila anda gabungkan diet yang sihat, senaman yang sederhana dan pemakanan tambahan, anda telah memberikan diri anda peluang yang terbaik untuk melindungi kesihatan anda. Jika anda telah kehilangan kesihatan, saya akan rujuk anda kepada cadangan tertentu kepada penyakit atau masalah anda. Anda akan dapat lihat yang saya mulai menambah 'Optimizer' yang poten kepada asas pemakanan selular ini sebagai cara yang efektif untuk membantu anda mendapat balik dan mengawal semula kesihatan anda.
KENAPA MEMILIH USANA
Mengapa saya mencadangkan Produk USANA?
Saya sendiri yakin Usana Health Sciences telah menghasilkan dan mengeluarkan produk pemakanan yang paling lengkap dan seimbang dalam pasaran hari ini. Sebenarnya, semua hasil kajian klinikal saya telah didokumentasi dalam buku saya, What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine, May Be Killing You, tercapai dengan menggunakan produk yang dihasil dan dikeluarkan oleh USANA. Berdasarkan pengalaman Dr. Myron Wentz dalam teknologi pembiakan sel manusia, USANA telah menghasilkan produk 'science-based' yang paling mengkagumkan yang boleh diperolehi. Usana mematuhi dengan ketat gred-farmaseutikal Amalan Pengilang Baik (GMP) (Good Manufacturing Practices). Ini bermaksud mereka bukan sahaja membeli bahan mentah gred-farmaseutikal, tapi juga mengeluarkan produk mengikuti panduan ketat kualiti-farmaseutikal. Malahan, Usana Health Sciences juga mematuhi panduan USP (United States Pharmacopoeia) untuk kekuatan (potency), keseragaman (uniformity) dan penyerapan (dissolution) pada semua tablet. Ringkasnya, USANA mengeluarkan sendiri produk mereka mematuhi piawaian yang ketat seperti ubat walau pun ia tidak perlu berbuat begitu, demi untuk menjamin pelanggan dan pengedar bahawa 'apa yang tertulis pada label, adalah sama seperti dalam setiap tablet'. Saya juga kagum (sepatutnya sebagai seorang doktor), bahawa USANA merupakan satu-satunya pemakanan tambahan yang tersenarai dalam PDR (Physicians Desk Reference).

No comments:
Post a Comment